Contoh Soalan Exam Pegawai Tadbir Diplomatik Terkini

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan berlangsung dalam tempoh yang terdekat ini. Admin akan masukkan tarikh dan masa setelah mendapat maklumat rasmi daripada pihak SPA. Kebiasaannya pihak SPA akan membuat pengumuman rasmi melalui laman facebook.

Jika anda calon dan tercari-cari panduan dan rujukan contoh soalan sebagai persediaan menghadapi exam PTD, laman ini adalah pilihan tepat buat anda.

Sebelum admin terangkan dengan lebih lanjut berkenaan dengan exam Pegawai Tadbir Diplomatik, ingin admin jelaskan serba sedikit terlebih dahulu berkaitan peperiksaan jawatan ini.

More...

Artikel ini saya tulis berdasarkan format peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 yang berlangsung pada 23 November 2016.

Sekiranya ada peperiksaan pada masa akan datang, kami akan melakukan perubahan dari semasa ke semasa.

Calon boleh juga terus dapatkan maklumat dan info lengkap yang telah dikemaskini berdasarkan format peperiksaan terbaru melalui "KLIK: SAYA NAK TIPS TERKINI PTD" di bawah.

Kami akan berusaha menepati piawaian yang ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Walaubagaimanapun, ingin dinyatakan terlebih dahulu bahawa kami​ tidak terlibat dengan pihak yang menjalankan peperiksaan online SPA.

Kandungan artikel di dalam blog ini diolah berdasarkan pengalaman kami selama bertahun-tahun sejak tahun 2009 lagi.

2. Topik Penting Peperiksaan Online SPA

Format terdahulu peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41​

Format peperiksaan pada 23 November 2016 merupakan format terbaru peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Peperiksaan sebelum tahun tersebut berkisarkan kepada empat seksyen yang utama, iaitu:-

  1. Pengetahuan am Malaysia
  2. Daya menyelesaikan masalah
  3. Esei Bahasa Melayu
  4. Esei bahasa Inggeris

Sebenarnya peperiksaan online SPA bermula pada bulan mei 2014. Calon-calon yang menduduki peperiksaan pada masa tersebut, pasti mempunyai pengalaman yang cukup mengerikan.

Maklumlah ianya peperiksaan online yang pertama, pasti banyak masalah teknikal yang berlaku. Tetapi sekarang ianya sudah ditambahbaik dari semasa ke semasa.

Ringkasnya sebelum ini, khasnya bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 mereka akan ditapis secara khusus melalui Sistem MyRecruitment.

Jadi sebelum anda berjaya dipanggil ke temuduga PTD​, calon perlu melalui dua saringan iaitu peperiksaan online dan sekiranya lulus calon akan dipanggil untuk menjalani "Program Assesment Center(PAC)" sebelum dipanggil menghadapi temuduga.

​Seingat saya, tiada "Proses Assesment Center" terhadap calon peperiksaan 23 November 2016. Calon yang lulus dalam exam PTD terus dipanggil ke sesi temuduga. Setelah berjaya dalam temuduga, calon terus diserapkan ke KADET PTD.

Lupakan,,itu format atau flow untuk menjawat jawatan PTD pada masa lalu. Sekarang sudah lain.

Tetapi tidak mengapa jika tiba-tiba ada perubahan dan anda dipanggil ke PAC kerana kami sudah membantu ramai calon PAC sejak 2009 lagi. kami akan berikan PAC secara percuma kepada calon yang dipanggil ke sesi PAC sebagai BONUS PEMBELIAN.

Tak perlu risau sangat, apa yang penting ialah anda fokus kepada peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik secara online terlebih dahulu. Jika tidak lulus exam, maka tiada panggilan PAC buat anda.

Di bawah ini format exam PTD terkini yang perlu anda tahu.​

Format terkini Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41​

Format terkini ialah dua seksyen sahaja, iaitu:-

  1. Seksyen A - Pengetahuan am Malaysia
  2. Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah.​

​Lebih mudah sekarang, hanya dua seksyen sahaja. Tetapi berdasarkan pemerhatian kami selama bertahun-tahun sepanjang peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam diadakan, terdapat beberapa pecahan lagi untuk setiap seksyen.

Kami huraikan setiap seksyen dengan lebih terperinci di bawah ini.

1. Seksyen A - Pengetahuan am tentang Malaysia dan sekeliling​

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam seksyen ini akan menguji daya pengetahuan am anda. Anda diberikan 50 soalan yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa ​40 minit.(Tertaluk kepada perubahan terkini)

Sedikit berbeza dengan peperiksaan jawatan lain seperti Pegawai Tadbir N41 iaitu 60 soalan dalam tempoh masa 45 minit.

kami terangkan sekali lagi, format exam PTD :-

  • Jumlah Soalan : 50 ​soalan
  • Tempoh masa : 40 minit

​Skop soalan di seksyen A amat luas. Memang perlukan pengetahuan asas yang amat "power" dan tahap kepekaan anda terhadap perkara-perkara yang berlaku disekeliling.

Jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik amat mencabar, jadi banyak perkara anda perlu tahu terutamanya berkaitan dengan isu-isu nasional. Sebahagian perkara asas kami kongsikan di sini, untuk analisis yang mendalam kami akan hantar ke email anda. Anda digalakkan untuk membuat pendaftaran email diruangan pendaftaran di akhir artikel ini.

Antara perkara asas tetapi penting perlu anda ketahui, iaitu:-

  1. ​Mengenai jawatan dan skop tugas PTD. Rujuk artikel Pengenalan jawatan Pegawai Tadbir dan diplomatik, deskripsi dan syarat lantikan
  2. Struktur dan dasar pentadbiran negara seperti wawasan 2020, TN50, NKRA dll.
  3. Isu nasional seperti MH370 dan MH17.
  4. Ekonomi
  5. Kewangan dan perdagangan
  6. Teknologi maklumat dan telekomunikasi

​Kami harap anda akan mendapat gambaran yang lebih jelas untuk membuat persediaan. Ramai yang berkata, soalan seksyen ini untuk memerangkap calon kerana topiknya terlalu luas. Pihak SPA sendiri menyatakan tiada rujukan khusus untuk persediaan menjawab soalan di seksyen ini.

Di bawah ini hebahan umum SPA tentang seksyen ini,,​

Tujuan seksyen ini adalah untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di Malaysia dan dunia sekelilingnya . Calon dikehendaki mengetahui secara umum mengenai ekonomi, kewangan, perdagangan, teknologi, pentadbiran kerajaan dan sosial.

Soalan-soalan akan ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat Malaysia yang mempunyai ijazah dalam pelbagai bidang akademik.

Calon-­calon sering mengikuti perkembangan-­‐perkembangan dunia melalui suratkhabar, majalah dan buku-­buku akan berkelebihan untuk menjawab soalan‐soalan ini.

Terlalu umum kan..tiada buku teks tertentu untuk dibaca. Para siswa dan siswazah yang selalu membaca surat khabar dan mengikuti perkembangan semasa akan lebih mudah menghadapi soalan diseksyen ini.

2. Seksyen B - Daya menyelesaikan masalah​

​Ramai calon yang mengeluh kerana tidak mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan masalah di seksyen B ini. Sebanyak 40 soalan disediakan dan perlu dijawab dalam tempoh masa 45 minit.

Soalan-soalan yang diajukan berdasarkan silibus pembelajaran dalam peringkat akademik Sijil Persekolahan Malaysia. Kami pecahkan soalan diseksyen B ini kepada tiga bahagian, iaitu:

  • Kemahiran logik(Menguji IQ)
  • Konsep matematik
  • Menginterpratasikan data

Ia sebenarnya tidaklah sesusah yang dijangkakan, malahan begitu menyeronokkan. 

Sehingga sebelum mei 2014, calon tidak dibenarkan membawa kalkulator dan diawasi oleh pengawas peperiksaan. Tet​api berdasarkan format sekarang, anda boleh menggunakan kalkulator dan tiada siapa mengawasi anda. Ini adalah peperiksaan online. Anda boleh menjawab exam PTD di rumah.

Cuma anda perlu manfaatkan persediaan anda, sekirannya anda dipanggil menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik​

Di bawah ini, kami berikan beberapa contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik. Kami asingkan kepada dua bahagian, iaitu:-​

1. Contoh soalan Seksyen A - Pengetahuan am Malaysia​

Di bawah merupakan beberapa contoh soalan seksyen A buat rujukan calon.(Bukan SOALAN RAMALAN, hanya CONTOH sahaja).

1. Mahkamah keadilan antarabangsa berfungsi sebagai

A. Menyelesaikan pertikaian undang-­undang yang diserahkan oleh ahli-ahli negara serta        untuk memberi nasihat tentang soalan­‐soalan undang­undang yang diserahkan oleh alat­-alat dan agensi‐agensi antarabangsa yang diberi kuasa.

B. Memastikan bahawa wilayah wilayah bukan perintah diri ditadbirkan melalui penjagaan      kepentingan penduduk-penduduk serta keamanan dan keselamatan antarabangsa​.

C. Membantu Perhimpunan Agung untuk mempromosikan kerjasama dan perkembangan      ekonomi dan sosial antarabangsa.

D. Bertanggungjawab kepada pemeliharaan keamanan dan keselamatan antara negara-         negara.​

Jawapan : A​

2. Badan perundangan di Malaysia mempunyai beberapa komponen utama KECUALI

A. Yang Dipertuan Agong

B. Parlimen

C. Dewan Negara

D. Dewan Rakyat

Jawapan : B

3. Pernyataan diatas adalah benar mengenai Padi Beras Nasional Berhad(BERNAS)                    KECUALI

A. Mengawal harga beras di Malaysia

B. Meluluskan lesen penanaman padi

C. Menjual padi secara borong dan runcit

D. Mengusahakan tanaman padi berskala besar

Jawapan : D

4. Senarai di bawah adalah kuasa yang terdapat dalam Majlis Raja-Raja kecuali

A. Mempertimbangkan hal berkaitan dasar negara

B. Mempunyai kuasa untuk meluluskan undang-undang

C. Menyuarakan pendapat berkaitan agama islam

D. Menyemai hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.

Jawapan : B

5. Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk kali kedua bagi ASEAN SUMMIT yang                      kesebelas pada tahun 2005. Bilakah kali pertama Malaysia menjadi tuan rumah

A. 1976

B. 1977

C. 1987

D. 1992

Jawapan : B


P/S: Jika anda ingin lagi banyak contoh dan nota, terus sahaja klik => SINI


2. Contoh soalan seksyen B - Daya menyelesaikan masalah

Seperti apa yang tulis di atas tadi, seksyen ini dipecahkan kepada empat pecahan. Kami senaraikan contoh soalan satu persatu.(hanya CONTOH, bukan SOALAN SEBENAR atau RAMALAN)

​Kemahiran Logik:

contoh soalan kemahiran logik

2. Mengikut undang-undang, mencuri merupakan satu perbuatan mengambil harta orang          lain tanpa kebenaran pemilik harta tersebut. Pada suatu hari Ali telah pergi ke kedai dan        mengambil satu pek gula tanpa membayar dan terus berlalu. Pada keesokan hari, Ali              merasa kesal di atas perbuatan lalu pergi ke kedai meminta maaf kepada pemilik kedai          tersebut dan sanggup membayar balik harga pek gula tersebut.  Penjual tidak mahu                menerima bayaran tersebut tetapi sebaliknya membuat laporan polis. Berdasarkan                pernyataan undang-undang di atas, Ali adalah:

              A. Tidak bersalah kerana sanggup membayar harga pek gula tersebut.

              B. Bersalah kerana penjual tersebut tidak memaafkannya.

              C. Bersalah kerana mengambil gula tersebut tanpa bayaran

              D. Tidak bersalah kerana dia telah membuat pengakuan dengan sengaja mengambil                    gula tersebut.

              E. Tidak bersalah kerana dia telah meminta maaf.

                Jawapan : C

Menginterpretasikan Data​​​​​

contoh soalan seksyen b interpretasikan data
interpretasi data

Kemahiran Matematik:

contoh soalan matematik

Inginkan tips, nota dan contoh soalan exam PTD 2018, Terus daftar sebagai "SENARAI MENUNGGU" di bawah.

Kami akan hantarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

DISCLAIMER:

Malaysia Kerjaya tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Apa yang kami sediakan adalah sebagai bantuan persediaan kepada calon untuk menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Soalan yang disediakan bukanlah SOALAN BOCOR ataupun SOALAN RAMALAN. Ianya lebih kepada contoh soalan untuk memudahkan persediaan calon dilengkapi bersama nota-nota persediaan.

  • Readers Rating
  • Rated 3.6 stars
    3.6 / 5 (18 )
  • Your Rating


Artikel percuma tentang peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 terkini. Sesuai untuk rujukan calon exam online SPA 2018

  • admin
  • September 14, 2018
Click Here to Leave a Comment Below 0 comments