Contoh Soalan Exam PTD 2016 Edisi November : Tips Dan Panduan

Contoh soalan Exam PTD 2016. Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 akan berlangsung pada hari rabu 23 November 2016. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan PTD bermula dari jam 8.00 malam hingga 9.40 malam.

Itulah antara maklumat terkini yang kami dapat melalui laman facebook rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA).

Adakah anda dijemput untuk menghadiri peperiksaan ptd 2016 tersebut?

ptd 2016

Gambar hiasan: peperiksaan pegawai tadbir diplomatik

Tahniah kami ucapkan sekiranya anda terpilih. Jika anda tidak mengetahui samada terpilih ataupun tidak, sila buat semakan status kelayakan menduduki peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 melalui pautan link yang di bawah ini.

[+] http://e-semakanntt.spa.gov.my

Anda sudah membuat persediaan?

Ataupun anda pernah mencari rujukan yang mengandungi contoh soalan exam PTD 2016?

Jika belum baca artikel ini sampai habis.

Format dan rujukan contoh soalan Exam PTD 2016 Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Seperti mana yang kami tuliskan dalam artikel sebelum ini yang bertajuk Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41: Jawatan Kosong, Peranan Dan Tanggungjawab, Syarat Lantikan Dan Gaji, peperiksaan untuk memasuki perkhidmatan awam telah diadakan secara online sejak tahun 2014 lagi. Jika anda belum membacanya, sila baca di SINI.

Akan tetapi format peperiksaan PTD 2016 sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya. Pada tahun 2016 tiada lagi seksyen C iaitu ujian psikometrik.

Format peperiksaan online PTD 2016 dibahagikan kepada dua seksyen.

  • Seksyen A – Pengetahuan am
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Apakah Itu Seksyen A – Pengetahuan am

Seksyen A merupakan bahagian yang menyentuh tentang daya pengetahuan am calon terhadap perkara-perkara semasa yang berlaku di seluruh dunia amnya dan Malaysia khasnya. Banyak menyentuh tentang hal-hal dalam negara seperti pentadbiran, sosio ekonomi, kewangan, teknologi maklumat dan lain-lain perkara yang seumpamanya. Perbanyakkan bahan bacaan yang mempunyai maklumat yang tepat akan memudahkan calon untuk menjawab soalan peperiksan di seksyen ini.

Ini merupakan bahagian yang paling sukar sekali kerana topik amat luas dan berbentuk global. Kalau nak baca surat khabar, carilah surat khabar yang enam atau tujuh bulan yang lepas. Jangan baca surat khabar yang tiga bulan ke bawah.

Gambaran contoh soalan Exam PTD 2016 adalah sebagaimana di bawah.

Contoh Soalan Exam PTD 2016 #1
Antara kenyataan berikut, yang manakah jawapan yang PALING TEPAT untuk menerangkan sumber manusia?
A. Sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah jabatan, persatuan ataupun organisasi.
B. Segolongan warganegara yang berkhidmat untuk mengendalikan bidang pekerjaan awam dan swasta.
C. Sekelompok manusia yang bekerjasama untuk membangunkan sistem pentadbiran negara.
D. Sepasukan staf ataupun ahli yang bekerja dalam sebuah perniagaan.

Contoh Soalan Exam PTD 2016 #2
Kuasa kerajaan negeri terhadap kerajaan tempatan adalah sebagaimana berikut KECUALI
A. Menggubal dasar kerajaan tempatan
B. Mengawal status perbandaran
C. Melantik Datuk Bandar
D. Melantik ahli majlis

Apakah Itu Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah

Seksyen B pula lebih banyak melibatkan penyelesaian masalah secara pengiraan, statistik dan juga matematik. Dipecahkan kepada tiga komponen penting iaitu:

  • Kemahiran logik
  • Kemahiran interpretasi data
  • Kaedah matematik

kemahiran logik

Kemahiran logik ialah cara menyelasaikan masalah secara logik menggunakan kemahiran daya fikiran. Seterusnya dengan menggunakan kemahiran berfikir akan mampu mengaplikasikan maklumat-maklumat yang diperolehi sehingga berjaya menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

Kemahiran menginterpretasikan data

Calon akan diuji dengan beberapa masalah yang perlu dianalisa terlebih dahulu. Masalah yang diberikan selalunya berbentuk perangkaan. Jadi pemahaman dan kemahiran menggunakan graf, statistik dan jadual merupakan suatu kelebihan kepada calon.

Kaedah matematik

Kaedah matematik lebih menumpukan masalah ataupun soalan exam PTD 2016 berkaitan subjek yang telah dipelajari semasa peringkat Sijil Pelajaran Malaysia seperti algebra dan juga geometric. Bahagian ini kebiasaannya tidak menjadi masalah kepada calon, kerana ianya sudah dipelajari diperingkat sekolah menengah.

Kesimpulannya…

Exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41 merupakan peperiksaan SPA yang paling mencabar. Jadi lakukan persediaan secukupnya. Cari bahan bacaan melalui sumber yang tepat di mana sahaja samada diinternet ataupun tempat lain yang wajar. Jangan ambil mudah exam PTD 2016 ini.

Jika anda perlukan panduan dan nota exam Pegawai Tadbir Diplomatik edisi november 2016 serta rujukan contoh soalan exam ptd 2016 dari kami, anda boleh mendaftar melalui butang DAFTAR SEKARANG di bawah. Kami akan menghantar tip-tip dan nota beserta contoh soalan exam ptd 2016 serta link pembelian terus ke email anda.

Selepas pendaftaran, sila semak email anda yang bertajuk “Nama anda, Your Confirmation is required”. Buka email tersebut dan klik link pengesahan di dalam email tersebut. Satu email akan dihantar dalam beberapa ketika.

P/S: Jualan telah DITUTUP buat masa ini.

PENAFIAN:Jika Soalan Bocor atau Soalan Ramalan yang anda cari, laman ini bukan untuk anda. Contoh soalan exam PTD 2016 yang dipaparkan hanyalah rujukan ataupun gambaran sahaja. Rujukan ini adalah khas untuk membantu calon dalam persediaan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan semua bahan di sini disusun berdasarkan pengalaman dan maklumbalas calon terdahulu. Komponen yang disediakan adalah bantuan bahan rujukan termasuk lebih 70 Nota exam ptd untuk persediaan calon. Tim Infokerjaya adalah komuniti bebas yang tiada kaitan dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan menghormati dasar kerahsiaan SPA.





  • MK
  • Updated 8 December, 2016