Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred W19: Contoh Soalan

Pembantu Penguasa Kastam W19

Merupakan salah satu jawatan di dalam kumpulan sokongan dan diletakkan di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Jadual gaji adalah sebagaimana dibawah. Walaubagaimanapun ianya tertakluk kepada perubahan yang dilakukan kerajaan. Akan dikemskini kelak sekiranya terdapat sebarang pindaan:

  • Gaji minimum – RM929.00
  • Gaji maksimum – RM3,377.00
  • Kadar kenaikan gaji tahunan(KGT) – RM95

Tugas Pembantu Penguasa Kastam

Di bawah ini merupakan perincian serba ringkas mengenai tugas-tugas yang perlu dilakukan sebagai seorang Pembantu Penguasa Kastam W19 adalah sebagaimana berikut:

  • Bertanggungjawab untuk menjalankan pemeriksaan terhadap barang-barang yang diimport dan juga eksport.
  • Bertanggungjawab melakukan pemeriksaan terhadap bagasi-bagasi penumpang samada yang keluar mahupun yang masuk ke negara ini di pintu masuk Malaysia.
  • Membuat timbangan terhadap daftar-daftar muatan.
  • Mengawal pergerakan barang-barang keluar masuk di kawasan zon bebas cukai, gudang perkilangan berlesen dan jugakilang-kilang eksais.
  • Menjalankan tugas-tugas sebagai juruwang serta pungutan cukai atau duti.
  • Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan pencegahan seperti serbuan, rondaan dan seumpamanya terhadap kapal-kapal dan juga kenderaan.
  • Membantu tugas-tugas di dalam pentadbiran jabatan.

Syarat lantikan

Anda dikira layak sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti di bawah. Walaubagaimanapun ianya tertakluk juga kepada beberapa syarat-syarat lain seperti lulus temuduga pembantu Penguasa Kastam W19.

  1. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia ataupun kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dalam mata pelajaran matematik diperingkat peperiksaan tersebut.Gaji permulaan ialah RM929.00 dan
  2. Kepujian dalam Bahasa Melayu termasuk lulus ujian lisan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ataupun mempunyai kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia.

Panggilan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam Gred W19

Berdasarkan maklumat terkini yang didapati di laman Facebook SPA, satu temuduga berkaitan dengan jawatan ini akan diadakan dari 2 April 2017 hingga 14 April 2017. Maklumat lanjut boleh didapati dengan melayari laman http://www.spa.gov.my.

pembantu penguasa kastam gred w17

Kami ingin berikan PREVIEW COPY Panduan temuduga Pembantu Penguasa Kastam W17 kepada calon yang berminat. Preview copy ini mengandungi maklumat dan tips khas serta beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Penguasa Kastam kami berikan secara PERCUMA kepada calon. Nak preview copy, KLIK SINI

center>temuduga pembantu penguasa kastam

Testimoni mereka yang berjaya

Lihat testimoni mereka yang telah berjaya lulus dalam exam kastam yang lalu. Sebahagian besarnya menggunakan panduan dari IKR sebagai rujukan.

  • MK
  • 29 March, 2017