Pembekuan Jawatan Kerajaan : Apa Yang Boleh Graduan Lakukan?

Gambar di bawah adalah rungutan sebilangan besar graduan susulan daripada pengumuman mengenai pembekuan pengambilan jawatan baru di sektor kerajaan.

Untung buat mereka yang sudah menjalani temuduga kerja kerajaan pada bulan april dan mei tempoh hari.

Sekurang-kurang mereka sudah terlepas daripada pembekuan ini.

Ramai yang kecewa dengan berita tersebut terumatanya mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian di universiti.

Kenapa?

Baca Selanjutnya

  • MK
  • Updated 7 November, 2015

Temuduga Kerajaan Bulan April Hingga Mei 2015

Nampaknya disepanjang bulan April hingga Mei 2015 ini, banyak sekali temuduga kerajaan yang ditawarkan kepada calon-calon terpilih.

Peluang pekerjaan ini ditawarkan oleh pelbagai kementerian dan juga agensi-agensi kerajaan termasuklah di peringkat persekutuan ataupun di peringkat negeri.

Peluang seperti ini tidak harus dilepaskan kepada mereka yang berminat untuk membina kerjaya di sektor perkhidmatan awam.

Adakah nama anda terpilih untuk menghadiri temuduga kerajaan seperti di bawah.

Baca Selanjutnya

  • MK
  • Updated 24 November, 2015

Penolong Pegawai Penerangan S27

Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Penerangan S27

peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 tahun 2015 mempunyai sedikit perbezaan dengan exam pada tahun sebelumnya kerana ianya merupakan peperiksaan online. Sumber ini berdasarkan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Format exam online Penolong Pegawai Penerangan dibahagikan kepada tiga seksyen yang berasingan sebagaimana berikut:

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C – Ujian psikometrik(Personaliti diri).

Pada tahun lepas peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan hanya mempunyai dua seksyen sahaja iaitu seksyen A dan seksyen B. Tetapi pada tahun 2015 ini ada sedikit penambahan, iaitu seksyen C iaitu ujian psikometrik dimasukkan. Ini merupakan satu penambahbaikan yang dilakukan oleh SPA untuk peperiksaan kali ini. Bila semakin banyak seksyen, semakin sukarlah untuk calon lulus dengan mudah.

Baca Selanjutnya

  • MK
  • Updated 21 June, 2015

Selamat Datang Ke Laman Malaysia Kerjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca sekalian. Alhamdulillah, akhirnya kami di Malaysia Kerjaya berjaya juga akhirnya membina blog Malaysia Kerjaya. Blog ini dibina sebagai tempat perkongsian pendapat, informasi tentang dunia kerjaya di Malaysia.

Terlalu banyak sumber informasi yang ingin dikongsikan tetapi kami lebih mengkhususkan kepada perkongsian mengenai jawatan, temuduga dan juga peperiksaan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA).

Walaubagaimanapun pihak kami tidak ada kaitan dengan pihak SPA.

Sila rujuk pada laman disclaimer.

Rujukan, panduan dan juga pendapat yang kami terbitkan bukanlah nasihat profesional tetapi lebih kepada perkongsian pendapat dan juga pengalaman yang telah diharungi oleh Malaysia Kerjaya.

Akhir kata Salam kejayaan untuk anda semua. Sekiranya ada pertanyaan, boleh hubungi kami melalui contact page.

  • MK
  • Updated 30 December, 2016