Jawatan Kosong Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17

Pada bulan november 2015 ini pihak SPA akan melaksanakan urusan pengisian jawatan kosong bagi Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S17.

Jumlah pengisian adalah sebanyak 45 kekosongan.

Jawatan tersebut akan diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Calon-calon yang mempunyai kelayakan SPM dan setaraf dengannya digalakkan membuat pendaftaran permohonan melalui SPA8i.

Sebarang surat-menyurat ataupun resume secara “offline” tidak diperlukan. Walaubagaimanapun, bagi calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S17 tidak perlu lagi mendaftar semula.

Cuma pastikan tarikh sah laku permohonan masih belum tamat tempoh.

Rujuk gambar di bawah.
12188040_888749684507013_89569423793860405_o

Tarikh tutup untuk permohonan baru bagi jawatan di atas ialah sebelum atau pada 17 November 2015(selasa) jam 11.59 malam.

Permohonan boleh dibuat secara online menerusi portal http://www.spa.gov.my.

  • MK
  • Updated 1 January, 2016