Contoh Soalan Online W27

Contoh soalan online W27.

Format peperiksaan online Penolong Akauntan pada 29 Oktober 2015 sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya.

Ini kerana format kali ini hanya melibatkan tiga seksyen sahaja.

Format Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Tahun 2015 merupakan tahun pertama peperiksaan online bagi jawatan Penolong akauntan Gred W27.format peperiksaan yang digunakan adalah sebagaimana berikut:

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C – Ujian Psikometrik

Sebagaimana peperiksaan terdahulu, calon dikehendaki menjawab kesemua soalan peperiksaan di setiap seksyen. Tiada pilihan. Walaubagaimanapun soalan yang dikemukakan adalah bersesuaian dengan tahap pemikiran dan akademik calon W27. Apa yang perlu persediaan yang maksimum perlu dilakukan untuk lulus dengan cemerlang.

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Akauntan W27

Sepertimana yang kami nyatakan di atas tadi, terdapat tiga bahagian soalan peperiksaan yang perlu diselesaikan oleh calon dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami akan terangkan secara ringkas beserta gambaran contoh soalan peperiksaan online W27 mengikut seksyen-seksyen terlibat. Walaubagaimanapun diingatkan contoh soalan yang ditunjukkan di sini bukanlah SOALAN SEBENAR ataupun SOALAN RAMALAN kerana pihak kami tidak ada kena mengena dengan pihak SPA. Contoh soalan yang ditunjukkan adalah berdasarkan pengalaman yang diperolehi oleh pihak kami sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ianya juga tidak boleh dianggap sebagai nasihat professional tetapi lebih kepada usaha untuk membantu calon membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan.

Contoh Soalan Pengetahuan AM Penolong Akauntan W27

Soalan yang dikemukakan di seksyen pengetahuan am bertujuan untuk tahap kesedaran calon terhadap isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara. Calon-calon yang banyak membaca dan mengikuti perkembangan peristiwa semasa mempunyai kelebihan. Pengetahuan terhadap perkara-perkara seperti ekonomi, pentadbiran kerajaan, kewangan, teknologi maklumat dan sosial adalah merupakan satu keperluan. Sebanyak 50 soalan disediakan dan perlu dijawab dalam masa 40 minit.

contoh-soalan-peperiksaan-penolong

Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah

soalan-kemahiran-logik-ppk-w27
Contoh-Soalan-Kaedah-Matematik
Contoh-Soalan-Menginterpretasi-Data

Contoh Soalan Ujian Psikometrik

Ramai yang menyangka soalan ujian psikometrik merupakan soalan yang mudah. Tetapi awas ramai yang terjerat di sini. Perlu diberi perhatian kebanyakan soalan yang dikemukakan sebenarnya berkaitan dengan personaliti calon seperti kepimpinan, intergriti, disiplin, kebolehan sosial dan komunikasi. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam dan mempunyai 200 soalan(aneka pilihan).
contoh soalan ujian psikometrik

Gambar dan contoh soalan di atas merupakan sebahagian daripada contoh soalan peperiksaan online Penolong Akauntan W27. Semoga ianya dapat memberikan sedikit idea kepada calon untuk membuat persediaan. Anda boleh lihat lebih banyak lagi rujukan mengenai contoh soalan online W27 di dalam panduan yang kami keluarkan. Sekiranya anda ingin mendapatkan panduan tersebut, anda boleh membuat tempahan dengan mengklik butang TEMPAHAN di bawah.

Jualan akan dibuka semula pada 24 Oktober 2015. Walaubagaimanapun anda masih boleh menjadi senarai menunggu dengan mendaftar melalui ruangan pendaftaran di bawah. Kami akan hantarkan link TEMPAHAN terus ke email anda.

[optin-monster-shortcode id=”cpx7wac7hj-post”]

Baca juga : Cara Beli Ebook Rujukan Peperiksaan Penolong Akauntan

Penafian: Rujukan, nota lengkap dan contoh soalan yang diedarkan oleh pihak kami tiada kena mengena dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia(SPA). Ia hanya sebahagian daripada rujukan khas untuk membantu calon-calon peperiksaan. Soalan yang disertakan dalam panduan tersebut hanya sebahagian dari nota-nota yang disediakan pihak kami. Ia bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia hanyalah sebagai panduan buat calon untuk membiasakan diri dengan peperiksaan.
  • MK
  • Updated 27 October, 2015