Archive

Category Archives for "Peperiksaan"

Contoh Soalan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Contoh soalan online N29. SPA telah membuat pengumuman peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir akan berlangsung pada jam 8.00 malam hingga jam 9.40 malam 5 Disember 2016.

Oleh kerana peperiksaan ini merupakan peperiksaan online, jadi format peperiksaan kali ini sedikit berbeza dengan mana-mana peperiksaan offline sebelum ini. Format peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir hanya mempunyai dua seksyen. Format ini adalah sama dengan format peperiksaan online bagi jawatan gred 29 dan gred 41 yang lain.

  1. Seksyen A – Pengetahuan Am
  2. seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Nampak macam lebih mudah kerana calon boleh menduduki peperiksaan di mana-mana lokasi asalkan mempunyai komputer dan juga kemudahan capaian internet.

Sekiranya calon berjaya lulus dalam exam online N29 ini, mereka akan terus dipanggil untuk sesi temuduga bagi jawatan yang lebih popular dikenali sebagai EO.

Baca Selanjutnya

  • MK
  • Updated 11 June, 2017

Penolong Pegawai Penerangan S27

Soalan Pengetahuan Am Penolong Pegawai Penerangan S27

peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27 tahun 2015 mempunyai sedikit perbezaan dengan exam pada tahun sebelumnya kerana ianya merupakan peperiksaan online. Sumber ini berdasarkan hebahan terbaru yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Format exam online Penolong Pegawai Penerangan dibahagikan kepada tiga seksyen yang berasingan sebagaimana berikut:

  1. Seksyen A – Pengetahuan AM
  2. Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  3. Seksyen C – Ujian psikometrik(Personaliti diri).

Pada tahun lepas peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan hanya mempunyai dua seksyen sahaja iaitu seksyen A dan seksyen B. Tetapi pada tahun 2015 ini ada sedikit penambahan, iaitu seksyen C iaitu ujian psikometrik dimasukkan. Ini merupakan satu penambahbaikan yang dilakukan oleh SPA untuk peperiksaan kali ini. Bila semakin banyak seksyen, semakin sukarlah untuk calon lulus dengan mudah.

Baca Selanjutnya

  • MK
  • Updated 21 June, 2015